Nama: ___________________________ Tarikh: __________ Kelas: 5___________
Arahan: Gantikan frasa atau ayat-ayat yang bergaris bawah
dengan peribahasa yang betul.
Tuliskan jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
Bagai mencurah air di daun keladi
|
Seperti anak ayam kehilangan ibu
|
Seperti rusa masuk kampung
|
Seperti bumi dengan langit
|
Bagai aur dengan tebing
|
Seperti anjing dengan kucing
|
Seperti kacang lupakan kulit
|
Seperti kerbau dicucuk hidung
|
Bagai si kudung beroleh cincin
|
Seperti katak di bawah tempurung
|
1. Kedua-dua adik beradik itu selalu dibanding-bandingkan
kerana status kekayan mereka sangat jauh berbeza.
_______________________________________________
2. Mak Tijah amat tersinggung dengan sikap anaknya yang telah melupakan
segala pengorbanan dan jasanya selama ini.
_______________________________________________
3. Para penduduk di estet perumahan Bedok masih hidup
tolong-menolong jika ada majlis kahwin atau kenduri-kendara.
_______________________________________________
4. Ibu telah memarahi abang yang hanya mengikut suruhan kawannya
supaya terjun ke dalam kolam.
_______________________________________________
5. Orang yang hidup tanpa mengambil tahu hal ehwal yang
berlaku di sekelilingnya akan ketinggalan zaman.
_______________________________________________
6. Ahmad dan Rizal tidak boleh bertemu muka kerana
kedua-duanya sering tidak mahu mengalah dan akhirnya akan timbul pergaduhan.
_______________________________________________
7. “Amboi Limah! Besarnya rumah kau ini. Tak pernah seumur
hidup aku melihat rumah yang sebesar ini!” kata Mak Minah.
_______________________________________________
8. Puan Maimunah berasa kecewa dengan sikap suaminya yang
masih tidah mahu mendengar nasihatnya supaya berhenti merokok.
_______________________________________________
No comments:
Post a Comment