PELAJARAN : BAHASA MELAYU
TAJUK : PERIBAHASA
TARIKH : 26 September 2011
HARI : Khamis
MASA :1 JAM (7.40pagi –8.40pagi)
KELAS :Tahun 5
BIL MURID :28 orang
OBJEKTIF :Pada akhir
pengajaran, murid-murid dapat:
Memahami
maksud lapan peribahasa baru.
Mengukuhkan
pemahaman tentang peribahasa yang pernah dipelajari dan yang
akan dipelajari.
Memahami
dan menggunakan peribahasa yang dipelajari berdasarkan situasi.
BAHAN BANTU MENGAJAR
kad
imbasan bermagnetik
persembahan
lakonan video (CD-ROM)
rakaman
lakonan (audio)
persembahan
program PowerPoint
papan
putih kecil
marker
lembaran
kerja
PENGETAHUAN SEDIA
ADA
Murid-murid sudah mempelajari
beberapa peribahasa seperti:
a) Buruk siku e) Buta tuli
b) Besar hati f) Campur tangan
c) Lepas tangan g) Gaji buta
d) Berat tangan
LANGKAH AWAL
Murid-murid dibahagikan kepada
enam kumpulan berdasarkan
nama-nama bunga:
1) Teratai 4) Mawar
2) Anggerik 5) Tulip
3) Matahari 6) Dahlia
LANGKAH PENGAJARAN
INDUKSI
10 minit
Murid
akan mendengar rakaman lakonan melalui audio menggunakan simpulan
bahasa ‘berat tangan’, ‘campur tangan’
dan ‘besar hati’.
Murid-murid
cuba meneka maksud peribahasa tersebut.
2
markah akan diberikan untuk setiap tekaan yang betul.
Guru
akan mengedarkan lembaran kerja yang pertama yang dinamakan ‘Tokok
Tolak’.
Dalam
kumpulan masing-masing, murid-murid perlu menolak atau menambah
perkataan-perkataan berdasarkan
gambar-gambar yang diberikan agar menjadi
peribahasa-peribahasa di bawah ini.
2
markah akan diberikan untuk setiap tekaan yang tepat.
a) Buruk siku d) Lepas tangan
b) Buta tuli e) Gaji buta
Kemudian,
guru akan menunjukkan makna bagi peribahasa tersebut melalui
persembahan ‘PowerPoint’pertama
dan murid-murid perlu meneka peribahasanya
dan tulis jawapan di papan putih kecil yang
disediakan.
1
markah akan diberikan untuk setiap tekaan yang betul.
LANGKAH 1
10 minit
Guru
akan melekatkan 16 keping gambar berukuran A5 di papan putih.
Murid-murid
perlu padankan gambar-gambar tersebut supaya menjadi peribahasa
yang diinginkan.
2
markah akan diberikan untuk setiap tekaan.
1) Bagai aur dengan tebing
2) Seperti katak di bawah
tempurung
3) Seperti kerbau dicucuk hidung
4) Seperti anjing dengan kucing
5) Seperti kacang lupakan kulit
6) Seperti rusa masuk kampung
7) Seperti bumi dengan langit
8) Bagai mencurah air di daun
keladi
LANGKAH 2
10 minit
Setelah
pemadanan gambar untuk peribahasanya, murid-murid cuba meneka makna
peribahasa-peribahasa tersebut.
Kemudian,
dengan menggunakan ayat yang lengkap, murid-murid memadankan
maksudnya dengan peribahasa tersebut
menggunakan kad bermagnetik.
2
markah akan diberikan untuk setiap tekaan yang betul.
1) Hidup saling bekerjasama
2) Orang yang terhad
pengetahuannya, hanya mengetahui hal-hal yang ada di
sekelilingnya sahaja.
3) Orang yang bodoh dan mengikut
sahaja apa yang diarahkan.
4) Dua orang yang sering
bertengkar apabila bertemu.
5) Tidak mengenang jasa atau budi
orang yang pernah membela atau menolongnya.
6) Orang yang tercengang-cengang
apabila tiba di suatu tempat yang baru.
7) Sangat jauh berbeza.
8) Sia-sia sahaja mengajar atau
menasihati orang yang tidak mahu mendengarnya
LANGKAH 3
8 minit
Guru
menayangkan rakaman video lakonan murid-murid, berdasarkan peribahasa
di atas.
Murid-murid
meneka peribahasanya.
2
markah akan diberikan bagi tekaan yang tepat.
LANGKAH 4
7 minit
Memberikan
dua kad situasi kepada setiap kumpulan.
Murid-murid
memadankan 16 situasi di bawah ini dengan peribahasa yang telah
dipelajari.
1) Engkau ni degil betullah! Tak
mahu dengar nasihat orang langsung!
2) Aku dah tak mahu lagi menasihati
engkau. Nampak sia-sia sahaja nasihat yang aku
Berikan selama ini.
3) Wah! Cantiknya rumah banglo
kau ini! Tak pernah aku melihatnya.
4) Dia berasa takjub melihat
keindahan Bandar Singapura ini.
5) Walaupun mereka adik-beradik,
rupa serta perangai mereka jauh berbeza.
6) Karim itu kacak, tetapi
isterinya tidak cantik langsung.
7) Kita haruslah saling bantu
membantu dan bekerjasama supaya hidup kita aman.
8) Penduduk kampung ini semuanya
saling bekerjasama serta bantu membantu.
9) Pak Mail hanya mengetahui
perkara yang berlaku di kampungnya sahaja.
10) Yusof sentiasa ketinggalan
kerana tidak mengambil tahu hal ehwal yang berlaku
di
luar.
11) Dia mengikut apa-apa sahaja
yang diarahkan orang.
12) Encik Ismail mengikutkan
kata-kata isterinya sahaja.
13) Mereka berdua ini selalu
bertengkar walaupun perkara itu remeh.
14) Emak pening kepala melihat
abang dan adik selalu bergaduh apabila berjumpa.
15) Aku tidak akan membantu
engkau kalau aku tahu engkau akan melupakannya.
16) Ibunya berasa sedih melihat
Kamal tidak lagi mempedulikannya setelah berjaya.
Murid-murid
akan meletakkan kad-kad yang telah diberikan di papan putih.
PENUTUP
10 minit
Murid-murid
menjawab lembaran kerja di mana mereka perlu isikan tempat kosong
dengan peribahasa yang sesuai.
TINDAKAN SUSULAN
Murid-murid
menjawab lembaran kerja di rumah.
a) Menggantikan peribahasa yang
salah dengan yang betul.
b) Memadankan peribahasa dengan
situasi.